Hari ni aku demam lagi...tak tau nape penyakit senang nak datang kalau aku berada di rumah...tapi aku bersyukur sebab sakit ni dijanjikan pahala oleh Allah..lagi banyak kita sakit, lagi banyak pahalanya kerana kita diuji.. Alhamdulillah..
Cuti semester aku nampaknya hampir tamat..sekejap je masa berlalu..dan, data entry aku tak gak siap2..nilah padahnya kalau asyik bertangguh jek..bilalah nak siap..Isnin depan ni dah start family vacation, seminggu tentu2 dah tak buat kerja..nampanya sambung time bukak sem la..ataupun aku try siapkan sekarang juga..stop buat blog! haha weekkk..jap2..tengok. syaitan berjaya.
Berkenaan cerita Nur Kasih yg ditayang semula di TV3...aku baru je start suka dengan cerita ni.patotla kawan2 aku tak pernah miss tengok cerita ni dulu.masa ditayang dulu2 aku langsung tak layan..kali ni, kat rumah, takde buat pape, jadi banyaklah aku tengok tv.. Cerita ni bagus, bermanfaat, byk moral of the story.. dan.. aku sukakan watak Nur dan Adam.. walaupun pada mulanya Adam seorang suami yg jahat, tapi pas dia bertaubat, dia menjadi suami yg paling baik. dan sangat manis bila melihat Nur dan Adam bahagia bersama..:) tapi, watak Sara la yg paling aku tak suka..memang berkesan lakonan dia yg menyebabkan aku meluat ngn chracter dia. dan watak Aidil..watak lelaki yg baik..
Itu saja kata2 aku di sini. bye2.
Thursday, December 10, 2009
Kata-kataku
Posted by Shareena at 8:53 PM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
Monolog Dalaman
Sejak akhir-akhir ini terasa seperti semangatku di bawa pergi..entah di mana silapnya aku rasa kesunyian yg amat sangat..terasa seperti diriku di bawa pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui tempatnya di mana.. adakah ini sindrom wanita yang sedang mengalami transformasi ke alam "wanita dewasa" ? mungkinkah?...tak lama lagi tahun 2009 bakal menutup tirainya..memikirkan masa yang semakin berlalu, aku terasa manusia memang hanya hidup sementara, hanya meminjam bumi Allah..
Di tubir mata, silih berganti memori-memori silamku di masa lalu...ada yang manis, masam, pahit...walau apa pun benarlah, pengalaman lalu mengajar erti kedewasaan.. namun, jauh di sudut hati aku rindu dengan masa lalu.. masa lalu yg mustahil dapat diulang semula.. [memikirkan "time machine" seperti di dalam movie fiction..mungkinkah boleh berlaku? tidak mungkin..]
Indah sungguh zaman kanak-kanakku..[aku rindu untuk bermain seperti zaman2 dulu..zaman yg tak mengenal erti sebenar kehidupan..zaman slumber..hidup untuk main, main untuk hidup..:)]
Indah sungguh zaman sekolahku dikelilingi rakan-rakan, bergelumang dengan pelajaran, memori cinta monyet [uiks..ada ke?? ngeh3..tapi ada juga yg pahit untuk dikenang..tapi biarlah menjadi rahsia..]
Memikirkan "present" atau sekarang...still juga bergelumang dengan pelajaran...tapi mempunyai lebih kebebasan berbanding zaman2 sekolah..zaman di universiti smemangnya paling indah rasanya..zaman yg boleh buat ikut sesuka hati. tapi, zaman ini jugalah yg boleh menjadi zaman kehancuran kalau tidak berhati-hati.. Alhamdulillah, aku berjaya melaluinya.. tinggal 1 sem je lagi atau boleh dikatakn tinggal 5 bulan je lagi sebelum aku menamatkan universiti.. dah sebulan cuti smester, rindu pulak aku ngan bilik hostel..[hahaha..takde kojo den]..sebenarnya aku rindu ngan "baby" aku..hope cousin aku jaga dia elok2..si Putih, nanti mama balik kita jalan sama2 eh mcm selalu..:p
Apabila memikirkan masa hadapan!!!
aku blurr..........................................
kelam.....
apalah nasibku di masa hadapan...adakah aku akan bahagia dengan hidup aku..? gentar rasanya jika nasibku seperti Nur dalam cerita "Nur Kasih"..ditinggalkan begitu sahaja..[pengaruh drama.ceh]...atau pun nasibku seperti dalam cerita "Vampire Diaries"..? darahku dihisap vampire, atau aku sendiri yg jadi vampire?..atau pun aku hidup selama-lamanya seperti Edward Cullen? mustahil!! aish..pengaruh filem lagi..entahlah..sejak akhir2 ni aku emosional sikit..emosional dengan masa depan yg tak pasti..emosional dengan filem yg aku tonton..membayangkan diri sendiri di dalam filem..[adakah aku terlalu terbawa2 dengan filem..?]
Namun, yg aku pasti, hidupku di masa lalu, sekarang, dan masa hadapan pasti tidak lari dari cabaran dan dugaan...Ya Allah, aku mohon pada-Mu, kuatkanlah hatiku menghadapi ujian dari-Mu..sesungguhnya aku insan yg lemah...lemah menghadapi hati dan perasaan sendiri...
Posted by Shareena at 5:53 AM 0 comments
Tuesday, December 1, 2009
Kalau Dah Jodoh
Sebuah karya Mimie Affiena yang berkisarkan tentang cinta 3 segi...pada mulanya penulis menceritakan mengenai kehidupan watak utama (Rini) dan suaminya (Faris). Kehidupan mereka amat bahagia, Faris seorang suami yang cukup penyayang, matang, pandai memanjakan Rini, membelai Rini, menanggung makan dan tempat tinggalnya semualah. Kiranya Rini sangat beruntung mendapat Faris, sebuah perkahwinan yang dibina selepas bercinta selama 6 tahun sejak Rini berusia 18 tahun lagi. Namun, panas disangka hingga ke petang rupanya hujan di siang hari, mama Faris (Puan Saadah yang kaya raya) dan adik Faris (Fara) tidak menyukai Rini...jeng.jeng.jeng....Disebabkan Puan saadah telah mempunyai pilihan hatinya sendiri (Herlina)...[start ni lah aku tak puas hati, menimbulkan konflik dalam diri-aku teremosi sedikit.marahnya2~]...kalau setakat tak suka okay lagi ni sampai memprovok Faris supaya menceraikan Rini!!! [tak patutnya...]
Mama Saadah memprovok Faris dengan mengatakan Rini telah curang padanya, kerana menaiki kereta teman karibnya ke kampung..Faris percaya bulat2 kata2 mamanya..yelah, Faris pun satu kok ye pun sayang sangat kat mama dia tu, selidik la sikit betul ke tak.. yang sebenarnya, Rni balik ke kampung kerana emergency, maknya telah meninggal dunia..
Dahlah mak Rini meninggal, suami dia pula menceraikan dia (masa ni baru setahun berkahwin)..[kesian Rini, sudah jatuh ditimpa tangga]...
Pada mulanya Rini memang sengsara, terluka yang amat dalam, sakit hati, kecewa, sehingga berterusan dia berlinangan air mata..
Namun, hati Rini semakin pulih dengan sokongan keluarganya dan jiran2...terutamanya Makcik Shidah dan anaknya Abu Sufian (Pyan){another watak utama] dan Katijah (Kat)..
Pyan digambarkan oleh penulis sebagai jejaka yang tampan, berambut panjang, susuk badan yang tinggi, berkulit sederhana cerah, gemar menyanyi dan pandai bermain gitar, serta minat melukisnya mengatasi segala2nya sehingga dia sanggup mengorbankan engineering degree semata2 untuk menjadi pelukis...Pyan juga seorang yg pandai bergurau dan seorang yang manja (kalau balik rumah dia, makan nak bersuap, manja2 baring kat bahu mak dia..eee, manja..tapi comel..hehe)..
Nak dipendekkan cerita, Pyan berkawan baik dengan Rini, namun selalu juga bergaduh kerana perkara2 kecil, selalu menemani Rini ke mana2, berkongsi cerita, berkongsi jenaka bersama2..hingga akhirnya wajah mulus Rini dan perawakannya yang comel dan bersahaja, berjaya menambat hati Pyan yang susah untuk jatuh cinta itu..Genap sebulan mereka berkawan, Pyan tak teragak-agak meluahkan rasa cintanya di saksikan pantai Port Dickson yang berombak merdu itu kepada Rini [cewah, macam pujangga pula..hehe]..
Namun, Rini yang telah gagal dalam perkahwinan pertamanya mestilah rasa tak best je kan nak "in relationship" ngan Pyan..so, dia pun menolak cinta Pyan..[kwang3]...menjauhkan diri dari Pyan, dan tidak lagi mahu keluar bersamanya [maka "it's compicated"]..
Pyan tak puas hatilah kan, takkan sebab jatuh cinta kat Rini, Rini membencinya..kata Pyan lagi, orang lain kalau tahu orang jatuh cinta kat dia, suka..tapi Rini tidak..lagi membencinya adalah [erm membuat aku terpikir sejenak..huhu]..
Lama juga mereka tidak berkawan, namun sedikit demi sedikit, Rini sebenarnya telah merindui Pyan..[so sweet]...tau pun rindu kat Pyan..
Entah macam mana, secara tiba2 Faris hadir dalam hidupnya kembali..Rini terserempak dengan Faris sewaktu mereka berada di dalam lif yang ditemani oleh Pyan..jeng.jeng.jeng...Apa lagi, Rini pun nak lari lah dari Faris sambil air matanya tertumpah, oh ya, sambil memegang tangan Pyan [weet.weet........] Pada masa ni Faris mengejar Rini sampai ke tempat parking kereta..Rini duduk, manakala Faris melutut di hadapan Rini sambil meminta maaf dan ,enyesal yang teramat sangat kerana cemburu buta dan akhirnya telah menceraikan Rini.. Tapi mestilah Rini jual mahal,kan..?? so, Faris ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan [kwang3.......]..tapi Faris sempat minta nombor telepon Rini or else, dia tak nak bagi Rini balik..
Maka, dengan nombor telefon tersebut, hubungan Faris dan Rini menjadi semakin baik..Rini telah nampak kesungguhan Faris untuk meminta maaf..[mana taknya sampai berpuluh-puluh SMS dan panggilan telefon yang Faris buat kat Rini]..
Pyan lak di rumah ebelah berasa jealous, maka adiknya, Kat mula mencipta lakonan yang membuatkan Rini jealous..
Dipendekkan cerita, bermulanya cinta tiga segi di antara Rini, Pyan dan Faris...
Siapakah yang Rini pilih??? Pyan atau Faris...............................?? [time ni aku memang tak dapat nak agak sape yang Rini pilih..dua2 macam berkaliber untuk jadi pilihan Rini..ni yAng aku suka tentang novel ni..tak dapat nak predict sape yang Rini pilih]..
nak tau tak sape yang Rini pilih...........? orangnya ialah Pyan...:) Oleh sebab betapa susahnya nak dapat Rini, Pyan meminta Makcik Shidah, ibunya supaya mempercepatkan pernikahan mereka..ish2, Pyan, tak nyempat2...
Maka mereka pun berkahwin..tapi di suatu sudut yang lain, Faris tak sudah2 melinangkan air mata..[kesian juga kat Faris..tapi nak buat macam mana, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau dah terlajak kata? tak dapatlah..so, moralnya, think before you speak..tapi aku pun jarang nak think..selalu terlepas cakap..hehe...]
~Tamat~
P/s : Malam tadi baru habis baca novel ini...stay up smpai dekat2 nak subuh..syok punya pasal, sampai habis aku baca..korang, yang rajin baca entry ni, kalau nak tau cerita yang lebih detail, silalah membeli naskah novel ini "Kalau Dah Jodoh" okay.. membaca novel dah jadi hobi aku almaklumlah cuti yang panjang mempunyai masa terluang yang banyak untuk dihabiskan dengan aktiviti2 jiwang macam ni..hahaha..
Posted by Shareena at 8:25 PM 2 comments
Friday, November 27, 2009
Salam Aidiladha
Raya Kurban kali ini dapat dirayakan bersama keluarga tercinta, almaklumlah masih bercuti.. [bahagianya]..Tahun ni dapat gak sembahyang sunat aidiladha, nasib bndera jepun tak naik [seronok2~] pas sembhyang raya dijamu dengan nasi beriyani kemudian, melihat seekor lembu disembelih..
and then balik rumah terkocoh-kocoh membuat persediaan untuk tetamu yg datang beraya..fuh, pnt mmg pnt tapi seronok, meriah jugaklah walaupun tak beraya dengan saudara mara, namun suasana beraya dengan keluarga tentera yang lain agak meriah kerana masing2 juga tidak pulang beraya di kampung halaman dek kerana berada di perantauan..
macam2 kerja aku buat hari ini, tapi tolong2 je mana yg boleh..dari tugas mencuci pinggan sampailah membuat air kopi berkali-kali [hentam je tapi mak aku cakap lepas..yess2], memasak spagheti [menu utama laksa johor buatan tangan mak aku yg paling sedap di dunia], membuat kek coklat [instant punya je..haha..tapi walaupun instant terkeras skit belah tepi akibat dah lama tak membuat kek la ni, malas masuk dapur..isk3.apa nak jadi camana nak pandai masak ni..tapi nasibla rasanya boleh tahan..takpe2 jgn putus asa, leh cuba lagi next time resepi lain pulak]...apa lagi aku buat eh nak menunjukkan yang aku ni anak dara yg rajin [kikiki..]..
haa..aku cuci bebear aku..2 bear yg paling aku sayang yg ada kat rumah ni..1 dari ehem2 1 lagi mak aku bagi sempena masuk U..so, tu pasallah aku sayang..doranglah peneman tidur aku [walaupun kena tendang sampai jatuh time aku tidur.. aley2 kat bawah katil dah bila bangun pagi..hehe..]..bebear aku ni 1 kaler putih 1 lagi kaler pink campur putih..so, nampak sgt lah kehitaman yg melekat2 kat dia..[tapi bukan air liur basi aku tau..jgn pk bukan2..teett~]
malamnya, turn family aku pulak beraya rumah org yg datang beraya ke rumah aku siang tadi..ngeh3..syok..macam2 ada..tapi tak larat nak makan banyak2..siang dah masuk macam2..makan nak sedapkan hati tuan rumah je, kang kecik hati pula dorang tengok tetamu tak sudi nak jamah..huhu..[baiklah kunun tu..padahal memang kuat makan..! kata diri sendiri..]
kay, dah puas merepek..
Salam Aidiladha untuk semua.makan2 juga..tapi sama-samalah kita menghayati pengorbanan sejati yerk..;)
Posted by Shareena at 7:09 AM 0 comments
Tuesday, November 24, 2009
More Than Words
Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know
What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you
More than words
Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know
What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you
(Westlife)
P/s: This lyric caught my eye..Thought that this lyric is meaningful in it's way...
Love can be expressed not only by words, it can be expressed in many ways..make a phone calls to know how's his/her day, is it good or bad..just to let his/her know that you are care about his/her...don't wait until one day, unexpectedly, he/she thinks that you're not care about 'em..
Love also can be expressed by shares your day with your loves one..share stories, ideas, opinions about many things including a very tiny things to a big things that happened in your day..don't just keep it..your love ones might want to know...
In addition, to show your love, you can send flowers, gifts, cards, saying that you miss them..or send text sms or mms saying that your life are not complete without his/her and other nice and romantics words that he/she can't stop smiling... more than words LOVE can says..;)
Warning~I'm not a Dr. Love..just my thought before going to sleep..
Allah, help me sleep tonight..my heart doesn't feels right...
Posted by Shareena at 9:21 AM 0 comments
Thursday, November 19, 2009
Home Sweet Home

Senang dalam hati..setelah 5 bulan tak balik rumah, akhirnya aku menjejak juga kaki ke rumahku..selama 1 semester aku menahan kerinduan yg menggunung..dek kerana jarak yg memisahkan, aku pasrah~
bukan nak cerita cte sedih, entri kali ini aku nak sambung cerita mengenai pengalaman aku semasa berada di Ranau, Sabah..banyak tempat2 yg aku pergi antaranya di Dairy Farm (tempat pemerahan susu lembu, susu segar perisa coklat sangat sedap!), War Memorial Park (tempat peringatan tentera2 british australia yg terkorban semasa di Sabah), Kinabalu National Park (Kaki gunung Kinabalu), dan yg paling best sekali...............semasa berada di tempat Fish Spa (nama sebenar tempat ni aku dah lupa).. kat sini, bayaran yg cuma RM5, atau kalau nak rendamkan badan RM10, anda akan dapat menikmati 1 pengalaman yg tidak akan dilupakan..berbanding fish spa lain yg ada di shopping2 kompleks, tempat ni, uniknya pada saiz ikan kerana ikan yg menggigit sel-sel kulit mati anda adalah ikan sebesar separuh lengan anda..cuba bayagkan, ikan yg anda selalu makan masak stim ke, ikan masak 3 rasa, sangat jinak mengelilingi kaki kita..ahh..mulanya agak kekok dan gentar kerana memikirkan yg kaki bakal ditelan ataupun dicederakan..tapi lama kelamaan aku dan kawan2 dapat menyesuaikan diri dengan ikan2 ini.. balik dari tempat ini, masing2 puas hati mengatakan kulit menjadi semakin licin..:)
Posted by Shareena at 4:18 AM 0 comments
Monday, November 16, 2009
Di Kala Malam Ranau
Nyamannya udara di Kundasang~sesejuknya bak Cameron di sana~
Teeettttt................
Hehe..walaupun aku berada di kawasan yg agak jauh dari pinggir kota, namun kemajuan teknologi mengatasi segala-galanya..siapa tahu, di chalet yg terletak di desa ini mempunyai perkhidmatan wifi.. masakan aku dapat online di kala kedinginan malam di yg terletak di ceruk Negeri Sabah di bawah bayu..Ranau... yep, hari ini sudah masuk hari ke-2 aku di sini..semalam, sesampai sahaja di Airport Kota Kinabalu, kami dibawa terus ke Ranau.. Sebelum sampai ke Ranau yg memakan masa hampir 2 jam lebih, kami melalui Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kundasang, dan barulah sampai ke daerah Ranau..sampai sahaja terus bersiap-siap untuk bersiar-siar di kawasan ini..disebabkan hujan lebat, kami tak dapat nak melawat ke "Fish Spa" Kolam Ikan..tapi tak dpt pada 1st day, maybe esok kami pergi ke sana..disebabkan hari hampir malam, kami cuma mencari buah-buahan yg dijual di tepi jalan..1 buah yg menarik yg hanya terdapat di Sabah (agaknyalah hanya di Sabah, sebab tak pernah jumpa di Semenanjung) ialah....................buah BAMBANGAN...buahnya berkulit keras berwarna coklat..isinya pula warna jingga kuning..rasanya pula seperti buah Kuini..erm, lazat...kat tempat jual tu jugalah kami lepak2 makan buah..dalam keadaan udara yg nyaman, kami lepak2 di sana..kami juga makan buah durian, langsat, mata kucing(tapi kulit warna hijau.agak pelik) dan buah manggis...pastu, singgah ke pekan Ranau, having dinner.........
Posted by Shareena at 6:05 AM 0 comments
